Apa itu Aperture?
Aperture adalah bukaan lensa bagi menetapkan jumlah cahaya yang masukke dalam kamera. Apabila anda mengambil gambar, lubang shutter akan terbuka untuk sensor menangkap objek yang mahu dirakam. Memilih aperture yang mahu digunakan akan mempengaruhi luas/ukuran pada lubang shutter itu tadi. Semakin besar lubang shutter yang terbuka, maka semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera.

Ukuran aperture dilabelkan dengan simbol f/[nombor] (Contoh: f/2.4). Ukuran ini adakala mengelirukan kerana semakin besar nombor f, lubang shutter adalah semakin kecil. Sebaliknya semakin kecil nombor f, lubang shutter adalah semakin besar.
Dengan mengabaikan faktor shutter-speed dan ISO, kita tahu cahaya akan masuk lebih pada ‘aperture’ yang besar (f/2.8 dan f/4 misalnya). Oleh itu dalam keadaan yang kurang cahaya, disebelah malam dan kurang lampu, anda tiada pilihan selain dari menggunakan aperture yang besar. Dalam keadaan yang terang, anda akan mempunyai pilihan yang lebih ‘flexible‘ iaitu anda boleh menggunakan aperture yang besar dan kecil mengikut kesesuaian dan kreativiti anda.
Untuk melihat bagaimana aperture berfungsi seperti di atas, anda boleh mencuba di kamera digital SLR anda dengan memilih “Aperture priority mode” iaitu butangA atau Av. Menggunakan mode ini anda sebenarnya berada dalam mode semi-auto (separa automatik) iaitu anda mengawal apa ‘aperture’ yang mahu dipilih dan kemera akan mengawal ‘shutter-speed‘ dan memilih ‘shutter-speed‘ yang bersesuaian dengan aperture yang anda pilih. Di bawah mode ini, anda boleh mengubah setting ISO anda mengikut berapa banyak cahaya di persekitaran anda.
Sebelum kita melihat hubungan antara aperture dengan shutter-speeddanISO, kita lihat juga satu lagi bahagian yang menarik mengenai aperture iaitu ‘Depth Of Field‘.
Depth Of Field
Mengawal berapa banyak cahaya masuk ke dalam lubang shutter hanyalah satu aspek pada aperture. Dengan menggunakan aperture, seseorang jurugambar itu juga boleh menunjukkan kreativiti nya menerusi Depth Of Field. Apakah itu ‘Depth Of Field’ ?
“the space in front of and behind the plane of best focus, within which objects appear acceptably sharp” – Tom Ang [Digital Photography, An Introduction, 3rd edition]
Faham?
OK, cuba bayangkan Depth of Field sebagai satu zon yang merentangi dihadapan dan dibelakang titik fokus yang objeknya masih kelihatan tajam (sharp). Lihat gambar di bawah (kredit kepada etsy.com). Mengubah nilai aperture akan mengubah Depth of Field.

Depth Field dipengaruhi oleh 1. nilai aperture dan 2. jarak jurukamera dari subjek (atau panjang lensa yang anda gunakan). Terdapat 2 jenis depth of field yang jurukamera perlu tahu iaitu:-
- Shallow Depth Of Field (Narrow)
- Deep Depth Of Field (Wide)
Shallow Depth Of Field biasanya digunakan dalam gambar-gambar potrait bila jurugambar mahu memfokuskan pada ‘objek utama‘ sahaja. Oleh itu, bahagian belakang (background) perlu dikaburkan (blur).
Deep Depth Of Field biasanya digunakan dalam gambar-gambar landskap bagi mendapatkan detail yang lengkap pada keseluruhan gambar.
Dalam mempengaruhi Depth of Field dengan menggunakan aperture, 2 perkara ini perlu dingati:
- Lebih besar aperture digunakan, lebih kecil (shallow/narrow) Depth of Field.
- Lebih kecil aperture digunakan, lebih besar (deep/wider) Depth Of Field.
Untuk mengetahui bahagaimana jarak jurugambar dan panjang lensa boleh mempengaruhi Depth Of Field serta bagaimana melakukkan bokeh atau kaburbackground menggunakan lensa standard (55mm), sila rujuk video YouTube DI SINI.
No comments:
Post a Comment